Monday, December 30, 2013

Pembelajaran luar kelas

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Dah nak habis study week seminggu. Dan pada selasa ini , kami akan menghadapi paper pertama yakni aqidah. Nampak ibrah belajar subject aqidah dan dakwah ni. Walaupun dalam kelas macam ting tong je tak faham ustaz cakap apa dalam kelas. Bahasa arab semedang. Terangkan pon arab. Sebab lecturer semua international. Tapi sebenarnya balik kepada diri sendiri. Adik2 yang akan ambik aqidah dan dakwah nanti. Sebelum masuk kelas. Niat, kita ni belajar as da'i. Penting . InsyaAllah. Dan benarkan dan sediakanlah hatimu serta fikiranmu menerima ilmu ni. InsyaAllah.

N Allah tengok usaha. Bukan natijah.
Wallahu 'alam.

Pastu tiba- tiba terfikir .
Nanti bila dah berkeluarga.. (Amboi sangat)
InsyaAllah nak buat usrah sesama keluarga. (Waahh..)
Sebab kadang2 kita terlepas pandang certain isu2 ni. 
Paling2 kurang sebulan sekali ke. 
Huuuu. Seronok nye kan. 
Bina diri, keluarga dan masyarakat.
InsyaAllah. 


Sunday, December 22, 2013

minggu Imtihan

Assalamualaikum w.b.t

pejam celik, dah akhir sem dah.
dan dah bermula pon minggu study week untuk pelajar Usim.
ada universiti pula yang dah bermula pon final exam.

rasa sem ni lebih 'laju' dari yang lain. tahu2 je dah akhir sem. tak perasan pon masa berlalu. dan sedar, quiz2 dan test banyak membantu. kalau tak ada quiz dan test, tak rasa pon kita ade ulangkaji.

macam biasa, this sem still ada 2 subjek exam in a day. subjek yang terpilih sem ni adalah....
electric n magnetism dan thermodynamics. both are physics subject.
1st and 2nd sem sem dulu, yang jadi macam ni pon subject physics juga . instrumental n experimental bersama modern physics n 2nd sem wave n vibration bersama mechanic.

so, sebabkan dah sem 3 pon jadi macam ni, maka kami pasrah. biar je la. kita pon, belajar je laaaaah.

pesanan untuk diri sendiri dan semua yang melalui study week ni,,

1) kebiasaannya study week ni emosi akan sedikit terganggu. biasa la. stress kononnya. maka, elakkan lah diri untuk terjebak dengan gangguan emosi. kuatkan jiwa. banyakkan doa. agak2 nak marah tu. ambil wudu'. 
insyaAllah. terasa2 sikit tu biasa lah . depends on how we control our feelings. 

2) banyakkan study group atau study dalam group (walau hakikatnya dalam rumah ni saya sorang je ambil course physics)

3) elakkan pembuangan masa yang banyak.

4) belajar bukan untuk final

dan yang paling utama..

Doa, Usaha, Tawakal..

Go ily GO!!




Wednesday, December 18, 2013

segala kerja kita buat kat dunia ni..

bukan untuk nama di dunia.

noted.

Sunday, December 15, 2013

Big bad wolf dan blogrrr..

Alhamdulillah.. Kesampaian juga hajat ke BBW setelah berapa kali plan tak jadi. Walaupun ahad ade family day silat.. Isnin ade test thermodynamics.. Tetap nak kena hilangkan rindu kat adik yang tengah bercuti tu dengan pergi ke BBW untuk belikan english books untuk dia.

Ive spent a lot of time dekat dalam big bad wolf to without notice masa berlalu dengan pantas.
Tips di sana..

1) parents, please take care of your children. Kat sana ramai sangat orang takut hilang.
2) dont put those books that u already choose under the table, or else they will take those books and put it in their unsorted books. And u wll be dying to search for it again.
3) please bring any groceries bag or beg tarik supaya memudahkan pergerakan anda. Anda mungkin mahu membeli banyak buku..
4) range harga buku.. Plus minus 8 for english novel. So cheap! 
5) jangan membazir so think wisely.

Next, pada hari ini.. 14/12/13..
Kat MINES ni juga diadakan blogrrr.. An expo untuk blogger. Best.. Macam2 ada.. Actually i wanted to ask how to open up booth kat blogrrr expo ni. To promote 'our' online shopping bussiness. But they misunderstood my question n they ask me to register my blog. Haha. Ye, saya memang ada blog. Tapi tak selalu update.. Macam malu je nak mengaku ada blog..  tapi , tengok activity dia macam seronok. N im looking forward to join their next event. insyaAllah. 

Today.. Im a happy me.. Yeay!!
books that i've grab. and all the novels is for Dang.
goodies from blogrrr. thanks..=)


Sunday, December 8, 2013

ke Surabaya misi Satu Rumpun

Assalamualaikum WBT.

alhamdulillah 2 minggu lepas aku mengikuti lawatan antarabangsa USIM ke SURABAYA. perjalanan kami bermula pada pagi sabtu. memang pagi2 pergi LCCT yang dekat dengan USIM tu. sebab nya, nak check in lebih 40 beg. sebab nya delegasi kami ni adalah seramai lebih kurang 40 orang.

ketua delegasi adalah dato' asin . Dan rakan media adalah daripada tv al hijrah >clap clap<

Alhamdulillah kat sane ade travel guide yg sambut kami. Which is die punye driver mmg hebat habis lah. Bkn setakat boleh reverse bas tu. Selekoh tajam , lorong kecik semua dia lalu.

Malam tu, kami dibawa menonton wayang kulit. Before start wayang kulit tu ade lah sketsa komedi dalam bahasa jawa. Serius x faham, tapi gelak jugak sbb dorg punya body language memang kelakar. Pastu, jemput sorang budak Usim ni perform. Kan kami pergi dengan urusetia kesenian pelajar. Mmg diaorg boleh nyanyi lah kan.:)


dengan barang2 wayang kulit
pemain muzik untuk wayang kulit

penyanyi

Esokknya kami pergi panti asuhan muhamadiyah. Kat situ ade kanak2 yang cecomel. :) subhanallah, org surabaya ni mmg ramah kan. Diorang sambut kami dengan penuh grand . Dengan barongan tu mereka iring sampai panti . Cuaca yg panas pon hati jadi sejuk. Terharu. Rasa welcomed sangat. Nak tahu tak. Org tu tampung benda alah besar gedabak tu guna gigi je sebenarnya. Yg pasti tak ada bantuan polident. Haha.Kat situ kitorang buat senam robik versi tarian melayu diketuai kump fansuri. Haish. Kitorang pon kekok nak buat. Kelas khat dan gotong royong. Including persembahan dari ukp Usim.

reog ( barongan)


Lawatan seterusnya ke universitas soetomo. Universitas ni student dia mmg ramah. Best. Macam biasa, kami disambut dengan reog. Budaya mereka tu. Pastu ade diskusi silat n demo silat from both universitas. Astahhfirullah. Cuaca jangan cakap la. Panas!! Kat sane cuaca boleh naik sampai 37 clcius tahu. Pastu demo tu buat atas tar berbumbungkan cahaya matahari yg terik. Waktu zuhur pula tu. Pastu ceritanta aku pun demam. Haha. Tp student kat universitas ni memang superb. I am really enjoy myself there, the traditional food was great n i miss u guys. Kitorang boleh sit down sama2 n cerita macam2 . Enjoying the perfimance together . Seriously, u guys were really great.


at Unitomo

with en amil, dato asin n wife ,abg nash n pn liza

kenalan kat sana. diorang memang cool and peramah
Unitomo with them. Usim grand. dorang superbly cool.
dengan si gadis manis yang mesra
masa ni cuaca panas. lalu aku pon demam. tumpas. hihi
silat usim bersama pesilat Unitomo


Next to universitas narotama. Ni universiti swasta yang kaya kot. Macam besar je. N dia amalkan dunia 'green'. Which is tumbuhan n alam sekitar. Pastunya, perasmian majlis menakjubkan. Ade archery team ni dorang panah jauh dan kat atas. Pastu kena plak tu. Bull's eye. Teror teror. Coach dia baik pula baik n ramah. Kat situ sama je apa yg kena buat. Demo , diskusi n perfomance dri ukp. Btw, amazed n tumpang bangga dengan ukp usim ni. Talent dorg superb.:)




last lawatan rasmi at Narotama
ni jurulatih archery Universitas Narotama ni. teror. kind. nice. cool


Eh, rasa lupa nak mention org penting dalam rombonngan ni which is abg nash. Abg nash pon ikut this trip and he performed at universitas narotama. He's nice . Blanje ais krim. Join karaoke dalam bus. Dengar life kot suara dia, siapa pulak tak eksaited kan. Dah la aku mmg layan lagu2 dia.:) n thanks so much abg nash for being part of the trip.

Selebihnya merupakan lawatan kami yang tak rasmi. Seperti ke kedai2 shopping n kilang rokok bersejarah ( xfaham motif lawat tempat ni) , sunan ampel yakni makam one of the nine wali songo. dan  masjid cheng ho dan  kapal selam dan monumen2 nya.
masjid cheng ho, surabaya
memorial.. ( credit to Lan n abg Pian from Al-Hijrah)
kapal selam. surabaya.
N thank you abg pian n lan sbb bagi kitorang menyibuk ikut masa korang shoot scenery malam kat sane. Pastu makan ais krim kat satu kedai ni. Kedai ni berusia 100 tahun. Tp mahal la aiskrim dia sebab bersejarah kan. Dia mcm ala2 ice room but i prefer ice room .


100 year ice cream punya kedai. but, i prefer ice room more. 
gedung balai pemuda
sma negeri

P/s: surabaya bukan kota shopping . But still lagi murah dari msia.


wakil pencak silat USIM



kelapa everywhere. =) cant help it. n hey, tu abg nash. he's nice man.

airport surabaya. mana2 nak bersilat je.

ini kami

dan objektif pertukaran budaya pon tercapai.. satu RUMPUN!!

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." (Surah Al-Haj :46)

Wednesday, October 16, 2013

Step back or step forward..

Assalamualaikum..

Step back.
Pernah tak rasa, kita dah selangkah ke hadapan. Tapi rasa nak berhenti. Stop. Pusing balik. Dan keep berundur. Tapi sebenarnya, ia menambah kerugian. Aku dah selangkah. Walau selangkah. Aku kene terus melangkah. Aku yang mula. Aku tak boleh berundur. And i know that. Aku tak boleh gagal . Mungkin aku lemah sebab kelilingku lemah. Tapi mereka akan kuat. Jika aku kuat. Terus. Impian kita jauh. And kita kena step forward. kat sini 'trust' itu penting. In what ever we do.  Sebab kita bukan keseorangan. Kita sepasukan.  Semoga kita berjaya. Capai cita-cita. Seperti janji kita dulu.  Dan aku percaya. Kita boleh.

Friday, July 12, 2013

Anthem _Hlovate

Alhamdulillah. selesai reading Anthem.

Comment? Anthem is AMAZINGLY beautiful. nangis. memang best and best and best lah sesangat. Buku Anthem ni lah yang pergi kedai ramai2 tapi beli for each person. Tak nak share sebab nak simpan . Then, terpaksa hold till habis exam . and BERBALOI..

A story of Dash who was once a westernized girl turn out to find her way back. Paling touch, the bond between she and her brother, Haikal. AND when he moved on to put fullstop to Lee.

" every soul has a past, every soul lives a present, and every soul deserves a future.. no judging on one's past, because it might be your future" -Hlovate-



Sebelum baca Anthem lagi dah terfikir about my past. (eh, choii. xde la sampai clubbing2 macam Dash waktu silam okey) . Just feel ive wasted a lot of my times back then. And sebab dah ade yang perasan. True. I have deleted some of my entry dalam blog ni sebab rasa macam sia2 je post macam tu. Tak ade input. Tak ade benda penting. Tak ada ape. So i randomly delete sebab rasa menyemak banyak-banyak. And still tinggalkan beberapa sebab tak ade la nak buang past macam tu je..

"Don't be such a hurry to condemn a person because he doesnt do what you do, or think as you think or as fast. There was a time when you didn't know what you know today" -Anthem_Hlovate-

Dont judge people for it past.

"To be judge of what you were is just unfair as a butterfly being judged while it was a caterpillar"
-Dash_Anthem_Hlovate-

dan sempena Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama menjadikan ianya sebagai our stepping stone to change from bad to good. from good to best. Tajdid niat.



"the past is nothing bit a force to drive you foward' -Anthem_Hlovate-

keep running, keep accelerating. stay istiqomah. Allah knows the best. do keep faith.





'Anda' ,
something have made me realize. thank you. move on. trust. full-stop. 


i am Adamantium to be. insyaAllah

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah. matang itu tiba.

Alhamdulillah. end of semester 2. end of my 1st year as a student of Applied Physics USIM.
USIM..
satu nama yang masih terpinggir jika mahu dibandingkan dengan universiti2 yang sudah lama menapak. masih baru berdiri.
tapi aku bersyukur. (serious ea aku bersyukur)
kerana tapak ini. aku berlari mengenal agama dan dunia.



dalam 'tahun 1' ini.
macam2 pengalaman aku belajar. masa sekolah dulu, aku tak berpeluang merebut segala pengalaman macam sekarang. aku terjatuh tidak berdaya apabila halangan menimpa. aku jadi lemah . kadang, aku gagal selami Allah itu sentiasa ada sehingga memilih untuk tewas.
dan kini, segala yang tersedia merupakan jalan amal. hargai. jalankan amanah. kuat. sabar. berkorban.

Alhamdulillah, aku terpilih menjadi ahli secrefast. Sekretariat pelajar FST. bukan untuk dibangga2. tidak terlintas sama sekali. aku tahu itu satu amanah. tanggungjawab. berat. tapi ia adalah jalan amal. semoga aku sentiasa dapat tajdid niat. dan mampu menjadi seorang yang bijak membahagi masa antara rohani, pelajaran, amanah dan sukan. semoga aku bijak mengawal emosi.
doakan aku.

Photo: Selamat bekerjasama.. :D Lillahi ta'ala.. InsyaAllah.


dalam 'tahun 1' ini,
aku sedar, kami satu kepala berlainan jiwa.
maafkan aku terkasar bahasa.
bergurau yang tidak semena. aku masih belajar. mengenali kalian yang membesar.
terima kaih kawan2. kau ada saat aku jatuh dan bangun. sakit dan sehat. senang dan susah.
aku fikir kasih itu complete dengan hanya tersirat. err.. kadang perlu tersurat.

gambar yang kene dengan cerita hanya Aja, Yani, bid dan Una. =)


dan terima kasih kawan2 AP yang banyak membantu. tak kan mampu ku harungi final tanpa kalian. lebih2 lagi subjek Wave and mechanics. berkongsi kertas, notes, tips, masa. terima kasih kalian.
umeq.ana.mai.tirah.pah.hawa.zati.lho.arina.wani.odah.bse1 n bse2.
nanti next sem, bantu aku lagi.=)

Ramadhan tiba.
Alhamdulillah kita masih mampu merasa. grab it. don lose it.
'mutaba'ah Amal' done. tinggal nak ikut je. semoga ily berjaya. yeah!
bahagi masa amal, tanggungjawab dan kerja.
amiin.




Ramdhan Kareem..

Tuesday, June 18, 2013

Exam week. Ujian emosi 2.

Minggu peperiksaan kali ni sedikit 'tense' mungkin.Teruji binaan batu bata atas dasar persahabatan. Sebagai aku, menyusun sepuluh jari memohon keampunan .

Aku masih mencari diri. Maka betulkan aku. Aku masih dengan kesalahan. Maka maafkan aku. Aku masih kosong. Maka penuhkan aku. Aku masih belajar. Maka ajari aku.

Kadang aku gagal mengawal emosi. Sehingga memaksa kalian bersabar .

Dikau sahabat. Mengenali diriku lebih dari aku mengenali diri sendiri.

Thanks for being with me when I'm up and down.

Bertemu berpisah kita kerana Allah. InsyaAllah.

Hope this friendship stay till Jannah. Amiin.

And i cant barely thing what will my life be without this tautan persahabatan. (Ok,, ayat bajet sweet.. Lelwwss. )

P/s: Post pelik ni untuk kawan2. Semua kawan2. Yang pernah aku sakitkan hatinya. Yang pernah teruji kesabarannya. Dan semua lah.*_*

Monday, June 17, 2013

ujian emosi

Selalu bilik aku ni tak dapat internet. Frust. Lagi2 bila hati ni ade je nak tweet sesuatu. Pastu rasa diri ni spoil. Teringat kata2 aku baca.
 “kalau bila korang fikir sesuatu je nak taip kat twiiter, jangan sampai satu hari nanti twitter ni broke down dan otak korang tak boleh nak fikir dah.”
 (kata kata ni bukan exactly, tak ingat. Tapi macam ni la apa yang nak disampaikan.) kita berfikir ni kurniaan Allah. Jangan rely kat twitter. Okok.

kalau ade hati gundah. Allah kan ada. Minggu exam ni. Ujian. Ujian minda, emosi, kesihatan dan sebenarnya iman. Kalau perasan , time exam ni selalu hati manusia jadi fragile. Entah bila aku jadi payah nak kawal perasaan. Maafkan aku. Maaf. Tak semua orang mampu fikir apa yang kau fikir. Aku tak dapat puaskan hati semua orang setiap masa. Kerana aku manusia. Maka berjuta kemaafan ku pohon. Siapa lagi nak percaya  kita kalau bukan orang yang rapat dengan kita. Tapi, maafkan aku kerana tidak sentiasa berterus terang. Ada kala aku senyap. Diam. Itu aku. Itu cerita aku. Maka aku simpan. Maafkan aku.




Sunday, June 2, 2013

Precious experience that i cant buy it anywhere.

Alhamdulillah.
Berjaya jalani bulan yang busy sampai penuh organizer (poyo). Bulan May ni banyak benda2 besar yang ajar saya macam2. Antaranya Hi tea-Atlet FST, Kejohanan Pencak Silat UPSI, segala presentation n viva, buat video berkenaan doppler effect dan juga Majlis Iftar dan Solat Hajat FST.

Semua tu pengalaman berharga . Nak cerita pasal program2 ni. Alhamdulillah, banyak benda yang buat aku sedar diri ni( hamboi). Ye lah, kerja dengan insan insan hebat. Seronok. Asal ade problem je belajar benda baru. Dimana, ade seorang ni, yang sentiasa senyum. Xkesah la sedang bercakap ke, buat kerja ke, bila dapat masalah pon dia senyum jugak. (Aiyooo, perhatikan ke?) but its a fact. Dia memang akan senyum. Bila kita kerja dengan die, dapat masalah pon he smiled. Kita pon jadi senang. Is this a problem or what kan..

Dan ade pulak yang kerja ikhlas betul hati dia. Selalu ingatkan "kita kalau boleh kerja nak senangkan kerja orang lain" "setiap program ade pengorbanan" "hidup ini mengabdi" .

Memang selama ni tahu, kita ni kerja memang niat untuk berbakti. Tahu. Cuma kadang2 hati ni ade tergelincir mengeluh mungkin. Tapi bila kerja dengan mereka2 ni. Ya Allah, betul buka minda. Buka hati . Buat kita tenung dalam2 diri kita.

Its a precious things that i've learned. Halalkan ilmu itu kawan2. Ia terlalu berharga.

Cerita pasal pengalaman silat? Dalam post lain mungkin. InsyaAllah.

Friday, April 19, 2013

Bertahan atau menyerah?

Bertahan atau menyerah?

Ilham dari panas kat nilai ni.

Punye panas cuaca kat nilai ni sampai berlaku kebakaran hutan. Api marak lah jugak. Dekat dengan kolej kediaman pula tu. bertambah2 panas lah kita. Tapi, tetiba tersedar dengan pesanan seorang kakak ni. Kakak ni suka perhatikan alam sambil berfikir.

Dia kata , bila dia pandang rumput, pokok. Dia terfikir. Kuat nye rumput dan pokok-pokok ni . Berpanas berhujan. Tapi mereka tempuh juga. Diorang tak minta Allah alihkan pun hujan. Tapi diaorang pohon supaya diorang mampu tempuhinya. Pernah dengar kan?? Tu la. Before this pernah dengar juga. Tapi tu lah. Manusia kan. Asyik lupa saja. Bila panas, mengeluh. Bila ditimpa masalah. Mengeluh. Patutnya kuta doa la supaya kita mampu tempuhinya. Mohon Allah bantu kita to pass through it..

Saya mengaku, subject physics memang tough. Kalau pelajar cemerlang ke pandai 'gila' ke ye lah senang. But for me. Serius susah. Tapi fikir la kan, i am the one who choose it this way. Allah dan perkenankan dah . Maka, i have to pass through it. Semoga Allah memberi saya kemampuan itu. Saya nak jadi macam pokok. Teguh berdiri berpanas berhujan.. :D maka doakan saya.

Wednesday, April 10, 2013

Bullies..

Assalamualaikum wbt.
Sejak semalam kita sibuk membicarakan isu tergempar iaitu isu buli. Hal ini apabila, video beberapa adik-adik sekolah membelasah seorang ketua tingkatan . Sedih, kecewa. Salah siapa?
Salah kita yang kurang menunjukkan contoh yang baik kepada generasi akan datang. Sehingga mereka alpa dengan dunia mereka.

Rasa marah masa tengok video tu rasa macam nak belasah je balik budak-budak tu.(eceh,, tapi takut la. )

Tapi itu lah, kita sebagai adult or dewasa pon tidak bijak menangani kes ni dengan memberi 'cyber bullied' to them. Bila baca komen2 twitter, facebook, insta lagi. Lagi naik takut. Xkurang kata2 kesat yang diberikan kat dorang. Yes i know that they deserve that. Tapi siapa kita yang nak menghukum. Kenapa sampai kata2 kesat keluar? Itu ke cara mendidil? Dan sebenarnya kita buli juga jiwa dan keluarga mereka. Padahal kita tak tahu mungkin ibu bapa mereka dah cuba nak didik diaorang.

Ye lah, tapi nak backup dorang pon tak boleh sebab yang dorang pergi belasah budak tu siape suruh. Gangster sangat. Ade masalah musyawarah la kan. Budak2 darah panas. Senang cerita diaorang salah dan kita pon salah.
Dan pada aku, cerita juvana x salah. Ceritu tu ade moral kan. Kalau buat salah. Masuk juvana. Hidup dalam keadaan tu. lagi seksa. Tapi tulah, budak2 buat kerja tak fikir kan.

So, berdoalah mereka berubah. Percaya semua org mampu berubah walau macam mana pon masa lalu mereka. Dan berdoalah untuk generasi akan datang kita. Dan pengajaran untuk budak2 sekolah, ade banyak lagi cara nak selesai masalah. Tak perlu bertumbuk bagai.

Salam..

Friday, March 22, 2013

Belajar erti bersyukur

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Ade mase pon nak menaip. Idea ade mase je tak pandai curi. (dok asik buang kat tempat lain)

Hari nak cakap sal bersyukur. Peringatan untuk sendiri yang slalu alpa untuk bersyukur. Cerita nya start bila...

Telinga ni terdengar "makanan tak sedap, nak beli cane"
Time tu nak beli makanan kat cafe. Tiba2 hati terdetik. Nasib baik ade makanan. Kalau xde makanan aku nak makan ape?? Bersyukurlah ade makanan untuk kita beli. Makanan tak kena catu. Masih ade duit nak beli makan. Xperlu share satu polistrene dengan 10 org sbb tak cukup duit. Alhamdulillah.:D (tapi mungkin sidia yang mengucapkan tu alergic or alah dengan makanan y dijual..) maka bersyukurlah alergic xteruk sampai tak dapat makan macam2.. Kann..

Yang wajib ingatkan diri ni pasal kereta. Sbb kadang2 si nafsu yang bising ni dok pertikai pertikai bila tunggu bas.

Bersyukur aku, masih ade bas nak ambik. Belum pernah rasa nye nak kene tunggu sehari suntuk untuk bas datang ambik. Lambat2 pon sejam lebih la.. Kenapa abg2 dapat kereta dan bukan aku. Bersyukur lah aku ade abg y boleh ambik. Abg2 tak ade org boleh ambik sebab tu diaorang ade kereta. So what else yang aku nak pertikai lagi...?? Im still small by the way:)

Pastu yang biase kita pertikaikan tentang kemudahan la kan. Tapi aku bersyukur betul ade track merah , pavi dan kemudahan2 lain. Bersyukur tak perlu belajar bersila 2 jam. Xperlu jalan kaki jauh2 nak belajar rentas sungai semak bagai..

And,,,,, bersyukur aku ade kawan2 yang nak tangkap aku bila jatuh. Kann.


Alhamdulillah dengan busy ni, aku kurang fikir dengan perkara yang tak penting. Tak tentu kan.. Yang penting tak meratapi.. Alhamdulillah

Alhamdulillah..
Bersyukur lah untuk segalanya kerana Allah itu adil. Adil tu bukan semua kene same. Tapi meletakkan sesuatu pada tempatnya..:)







Monday, January 14, 2013

New year, birthday , and done with sem 1.

Alhamdulillah. Lama tak update so cuba nak compress tiga tajuk dalam satu entry:)

New year,
Alhamdulillah hajat nak konon-konon nye ber 'backpacking' tercapai apabila una menyatakan hajat untuk ke masjid wilayah pada 31dec2012.. Tarikh jatuh pada study week tidak mematahkan niat untuk pergi menenangkan diri seketika. And yang penting mummy redha perjalanan saya. Maklumlah anak perempuan. (Macam backpacking nya lama sangat, satu malam je pon ;P) . Baca contengan jalanan kan . Hlovate.(kalau xbaca lagi,, tolong lah baca. Best sangat....) dalam buku tu ade mengusahkan tentang dua sahabat yang berbackpacking sambil to seek for mardhotillah. Sobs;') teringin.. Sbb kitorang perempuan. So payah sikit. Bila ade peluang macam ni. Grab la. N guys. Cuba lah try. Rugi la kemudahan ade tapi korang tak guna. N alhamdulillah,, kemuncak sambutan new year ni dengan qiamulail yang paling sedap aku pernah dengar. Subhanallah.tidur nye kejap sangat. Tapi imam, alhamdulillah, masyaAllah..:D
hope this will be a good start to produce a good me.

kami buddies..

masjid shah Alam
terima kasih..=)


Next, hari lahir.
Back to 20 years ago.. On 8 january 1993.. My mummy struggling to give birth . Lahirlah ME. Ya Allah, Kau bagi peluang. Jauhkan aku dari mensia-siakannya. Mummy, walau besar mane ily cuba balas budi, i know i can never pay u. I know. I am weak on handling myself back days. N i am really regret. aku sedar bila Allah tarik orang yang pernah dia pinjamkan buat kami. Allah tak tarik jauh. Allah cuma letak jauh sikit je. Dah cukup buat aku terjaga dari tidur panjang yang lena.

Kawan-kawan, ive never expect those 'prank'. Tak expect pon orang nak sambut birthday time kepala semua tengah pening pasal exam. Terharu korang sanggup sediakan 10% air menuju longkang 20% air sabun dan 20% air campur tanah plus tepung sebungkus n telur yang banyak. N yang paling penting. Ade kek.;P sumpah terharu sampai rasa nak tembak sorang2. Ajak main tenis konon. ade tenis court baru kat FST konon. yang tak tahan macam mana boleh percaya? ily.. ily.. problem ni. hahaha

Friendship. Sweet.
Can never afford by money.
Can only bought by
'redha Illahi'..
thank u so much my dearest Yani.. =) may Allah bless our friendship
red velvet from pah
credit to faiz n zakwan..
we wont forget this guys.. owe u guys a lot. thanks
best prank team ever.. ceit

and Alhamdulillah.. we are done with sem 1. semoga berjaya ye semua. n may Alah bless us. dan semoga kami memperoehi kecemerlangan. dan semoga kecemerlangan milik ummah.