Monday, November 10, 2014

Keputusan yang diumumkan.

Alhamdulillah.

Keputusan PRK USIM telah pun selesai diumumkan.

Tahniah kepada yang memenangi kerusi kepimpinan. harap antum semua dapat jalankan tugas dengan baik. jadikan lah ini satu jalan amal . 


Namun, kalau orang tanya pendapat saya tentang pengumuman keputusan kali ini. saya agak kecewa. Ada nama nama harapan yang saya mahu berada dibawah pimpinan mereka tidak menang dalam pilihan raya ini. sebab saya fikir beberapa nama yang layak menang kerana kerja mereka dan sifat kepimpinan mereka kalah dengan populariti .  .Tapi, yakin dengan susunan Allah. yakin dengan percaturannya.

Harapan saya mewakili atlet Usim yang lain, supaya MPP kali ini mempertengah kan isu atlet usim dan sukan sukan usim. kerana calon yang membawa manifesto untuk memperjuangkan sukan tidak menang kerusi pimpinan kali ini. Harapnya sukan sunnah cadangan Dato' NC dapat diteruskan. 

Akhir kalam, kami berharap barisan pimpinan mpp sesi 2014/2015 ni dapat pikul tanggungjawab dengan amanah.

kami sokong. 

=)

wsalam.

Monday, October 13, 2014

Kalau nak berehat,kita rehat la kat syurga kan

Salam.
Eherm. Tajuk dia.
Haha. Ni bukan ala ala sharing moment ke ape.
Lagi lagi tajuk tersebut ditulis oleh seorang yang kuat tidur. Hobi tidur. Macam aku. Kot.  =D
Tapi sebenarnya nak share some sort of motivation.
Kalau dia terror, boleh lah take as satu peringatan.
But for me, aku mampu buat jadi motivation je dulu.

Pernah rasa macam letih tak assignment banyak?
Contoh macam tajuk research method tak jumpa lagi. Then assignment berbentuk research seperti Honors Seminar and Solid State tak settle lagi. Quantum Mechanics  50 pages assignment tak start lagi. Ok cukup cukup. Ajet ajet (sila baca bajet bajet) macam banyak sangat je kerja.

Okay tu belum lagi yang pagi ade seminar, malam ade meeting, esok pagi ade discussion, petang ade training pastu malam ade ape ape la lagi. Yang kena hantar ambik adik pergi sekolah. Ajar adik mathematic ke sains ke dalam masa yang sama homework kita pon sedang menggunung.
Kalah yb lah konon.

Pernah?
Kadang aku pun pernah rasa,
Pastu statement ni la yang bagi motivation. Nak rehat kan?
Eherm.
Sebab statement ni pun pernah come cross kat aku masa aku tengah lelah dengan dunia.

So, disini aku rasa, ni statement or reminder, or some sort of motivation ter ‘deep’ pernah aku dengar.
Lebih lebih lagi bila aku dambakan rehat.

Dan semoga keletihan itu bertukar menjadi kegembiraan.

Jadikan kerja kita ni sebagai satu jalan amal. (a big reminder for me too. Uhuk)
Wallahu’alam.
Sekian.

-Budak lemah teringin nak jadi kuat-


Wednesday, October 8, 2014

dah terjatuh terduduk silalah reti nak bangun.

Salam

I just came back from PPUM (pusat perubatan Universiti Malaya).
my school friend is being warded. my age. She just receive a big news. Very big. 
But, she keep smiling. She looks so tough to face the challenge.
She put aside her feelings, her emotion and welcoming her friends who visit her none stop.

She is so strong. i mean, really strong. 
i hope for ur fast recovery girl. 
n hope for you continue fighting.

dia dapat big news macam tu, yet she still keep smiling.
kita kena duga sikit, dah terjatuh terduduk tak reti nak bangun.

remind me , masa kaki retak dulu.

sikit je retak.

padahal kawan kawan keliling tahap support diorang.
pergh, marvellous, 
kawan dunia akhirat gitu..

tapi sampai satu masa tu, tetap down tumbang. macam ntah pape ntah.
bukan pasal sakit.
tapi pasal , letih orang pandang.
pasal letih orang letak attention kat kita.
pasal letih buat orang risau. buat orang susah.

lepas contact sorang kawan ni yang kebetulan pun kaki dia bersimen sebab patah. (not his first time)
so minta advice tahap macam meluahkan.
sebab rasa org lain tak faham, perasaan yang pelik ni.

ni lah nama dia dugaan,
n let others take their part untuk dapat pahala jugak.
orang lain risau bersebab.
kita dapat dugaan pun bersebab,
ada hikmah behind everything.

=)

"challenge is not for making us paralyse. but to discover who we are." -?-

ORANG HEBAT ADALAH ORANG YANG TERIMA UJIAN SEPERTI TERIMA NIKMAT.

COOOOOOOLLLLLL..=)

Wednesday, July 9, 2014

Nikmat

Bismillah, 

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah dah masuk ramadhan ke 11 dah.
Semoga Allah sampaikan kita ke akhirnya.

Kalini cuti first time tak kerja. Sebab baru baik demam denggi dan juga simen di kaki baru dibuka.
Sem ni banyak juga dugaan. Tak pernah demam masa final. Alih alih denggi.
Tapi masa jawab tu tak tahu pon denggi. Kena pulak masa 4 core paper straight.
Masa tu memang macam 'hambek kau' punya dugaan.

Kena sedar, nikmat yang selalu manusia lupa tu nikmat waktu lapang dan kesihatan.
Bila kesihatan kena grab tu.
Lemahnya hambamu ni ya Allah.

Tapi alhamdulillah , bila Allah pulangkan kesihatan yang kita pinjam ni. 
Terasa nikmat dia 'zuuup'.

Dengan dapat sujud balik atas tanah. Selama ni solat duduk selama sebulan setengah. Bila dapat sujud atas tanah. Subhanallah. Syok nya.
Ketepikan kaki tak kuat lagi berdiri lelama masa tarawikh.
Sebab nikmat nak sujud tu lagi terasa.
Nikmat nak solat berdiri tu lagi terasa.

"Tak semua orang dapat rasa sujud tu satu nikmat"
Tak semua orang dapat sedar kesihatan tu nikmat yang Allah pinjamkan. N it is sooooo huge untuk kita.

'Nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan'
Surah ar-rahman

See, Allah duga manusia tu ade sebab.
Sebab kadang kadang, kita ni susah sikit nak sedar. 
Susah sikit nak rasa.
Susah sikit nak masuk terus dalam hati. Dalam jiwa.
(Sikit? Banyak rasanya)

Alhamdulillah.
Ala kulli hal.

Saturday, June 14, 2014

ade saat kita lupa

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah masih minggu exam.
Baru lepas 2 paper. Paper bakal berderet after this. Be strong girl.

As post before this. Kaki masih bersimen. N bukan setakat bersimen. Tp ditukarnya simen separuh kepada penuh . Para doc panggil pop. Plaster of paris. Tp kite panggil simen je.
Kadang bila tidur, malas nak bangun. Sebab fikir lepas bangun kene gi tandas  nak gi tandas kene guna tongkat. Nak guna tongkat letih. Xnak guna tongkat . Macam main tenteng. Lagi letih  . End up. Kene bangun jugak. Org yg tengok selalu kata. "Nasib baik atlet"
Aku jawab "atlet pon letih jugak"
Tp kena ingat,
 Allah duga seseorang tu xkan lebih kemampuan hambanya tu.

N thats why, i am suppose to be mampu. Kene tanam AKU MAMPU.

Berguna juga bersukan ni. Kalau tak konpem aku ngensot je kalau nak pergi mana mana. :p

Btw, kadang kita lupa. Menasihati tu perlu disusuli dengan mampu dinasihati.
Menegur tu perlu disusuli dengan mampu menerima teguran.
Kalau kita boleh terasa tu perlu disusuli dengan mampu membenarkan org lain pun turut boleh terasa.
Jika kita pon perlukan masa. Berilah org lain ruang masa.
Jika kita mahu membimbing, izinkan lah org lain membimbing kita.
Jika kita kadang menangis, izinkan dia juga menangis.

Di dunia ni kita bukan sorang.

It is not about who they are.
But who we are suppose to be.

Teguran itu datang dari Allah melalui org yang menegur. Walau apa bentuk sekalipun ia datang dariNya.

Deep.
Alhamdulillah.
Manusia perlu diingatkan. :)

Wednesday, June 4, 2014

Crutches.. =)

assalamualaikum,

Majoriti IPT tengah minggu final or study week ni. and Usim students tengah minggu study week. before exam haritu , macam-macam perancangan buat untuk study week. Biasalah, study last minute punya kes.

Tapi, kita kena sedar,
Kita merancang.
Allah yang Maha Kuasa yang tentukan.

and cerita penentuan tahap pengalaman ni,

I crack my foot a week before study week.

macam mana boleh jadi?

ok ni lawak.

Buat assignment statistics sampai tengah tengah pagi sebab kena hantar malam tu. take a short nap pukul 2 pagi sebab memang azam nak bangun siapkan. so woke up on 3 am. kaki kebas (maybe sebab i slept not in proper way. depan meja. entah tak ingat) tapi nak dijadikan cerita , i lost my balance and my whole body weight pressured on the foot..
and
crack.
ouch.

sakit dia astaghfirullah..

"kalau kita patah ke retak ke memang ade rasa nak pitam"
tapi masa tu mana ingat.

yang pasti masih tengah2 pagi tu memang gigih nak cari ubat sapu. naik tangga siap macam nak pitam.  sebab memang sakit lah.
Alhamdulillah Allah mudahkan aku jumpa ubat tu.
balut kaki n sleep. (nasib baik memang ade bandage sebab kalau main silat tak injured macam hebat sangat =))

nak dijadikan cerita kena hantar je hospital Serdang sebab disyaki retak. dan memang retak pon. alhamdulillah sikit je.
tapi eventhough sikit, kalau boleh memang tak nak ingat sakit dia macam mana. ngilu.

macam mana lah yang kalau accident tu. kesiannya..=(

masa baru dapat tahu kena hantar ke hospital serdang untuk confirmation tulang retak. akward betul naik wheelchair keliling klinik bila orang pandang2.

kat Hospital Serdang tu lama. ramai sangat orang sakit. kesian kepada wani yang meneman. lama betul.

kalau orang kata nak cari kawan ketawa sama sama tu senang. kawan susah sama sama tu payah.

its wrong.
and aku pun tak pasti can i be that person who susah sama sama macam housemate 72.

emotionally,
sampai satu ketika aku rasa down tahap nano. fragile. lemah. sebab tak sampai hati, tak sedap rasa nak susahkan orang. tak sedap rasa sampai kita jalan pon ade orang perhati. ade orang yang macam sedia nak sambut kalau jatuh. maybe some people like that some kind of attention. but not for me at that time.
tapi ade kawan aku pesan, memang dalam keadaan macam ni kita perlukan bantuan orang. take it positively. masa ni lah kita belajar buat baik dengan orang. senyum lebih sikit sebab semua org perhati kan. And, kita bagi peluang orang buat pahala sebenarnya dengan membantu kita.

yang pasti

Allah nak tunjuk
*mungkin aku ade buat salah dengan orang . yang aku sedar. yang aku tak sedar . yang tak bermaaf.
maka ampunkan aku. maafkan aku.

*macam mana kawan yang setia yang baik yang ikhlas bantu kita masa susah dimana kita pun tak pasti boleh jadi macam tu. (which we have to try)

sekarang ni sebab tajuk dia crutches

nak kongsi cara pakai crutches. (my first time)
kat HEP usim ade sediakan perkhidmatan pinjam tonglat dengan cagaran RM 70.


mula mula ade sebelah je tongkat. tapi serius susah nak jalan sebab nye kaki kiri tu memang tak leh pijak.
so better use two sides.

tapi kalau guna sebelah pon, tongkat tu letak kat sebelah yang sihat. kalau kaki kiri injured, letak side yang kanan. sebab nye tongkat tu akan support kaki kita yang lemah.
 so gerakkan kaki kiri (if ijured kiri) bersama tongkat. then langkah yang kaki yang baik.

mula mula aku salah buat, tongkat letak kat kaki yang injured. tapi setelah baca baca kat internet. baru tahu.
see, salah cara. 


then kalau guna kedua belah. tongkat akan menggantikan kaki kita yang injured.
hayun kan tongkat kehadapan, then langkah kaki kita yang elok.
kalau naik tangga, kaki langkah dulu. kalau turun tangga tongkat langkah dulu.

senang je, awal awal memang letih sikit. =)

apa apa pun, refleksi diri. semoga kesusahan seketika ini memberi kesearan yang berpanjangan. insyaAllah.

abang blanje "get well soon"
secara psikologi, kalau kita tak sihat, demam sekalipun, kita akan tend to emotioal, sensitive bagai. so this kind of things do help. ok Mengada sangat.




terima kasih semua. terima kasih 72. terima kasih dijah. terima kasih AP. terima kasih kepada yang mendoakan.

get well soon to my foot. =)

Friday, April 25, 2014

Just a simple reminder.

"Tapi kena fikir.
Sampai mana nak lari.
Sampai bila.
Bila kau nak cabar diri kau harungi cabaran.
Allah duga baru kecik.
Kira kecik la dalam dunia ni.

Kalau kau dah lelah sangat dengan dunia.
Kau tenung langit.
Bukan dengan mata.
Tapi dengan hati.

Kau tenung langit.
Kau nampak kecik.
kecik lagi masalah kau nak dibandingkan dengan dunia.

Jangan asyik lari.
Tapi tempuh.
Seba orang yang berjaya bukan sebab dia lari laju.
Tapi sebab di tempuh cabaran tu.

Biar jiwa kasi muscle sikit. Dengan menghampiri-Nya."

a simple reminder to share.


Friday, March 28, 2014

Parah Hati

Assalamualaikum w.b.t

Tiba tiba dapat ilham nak cerita sikit pasal hati. 
Pernah tak at one time. Kita baik je dengan orang. Orang tu pon baik je dengan kita. 
Tapi hati ni macam rasa nak marah je dengan dia. Macam tak boleh je nak terima salah dia .

Rasa sakit tu datang kat hati.
Tanpa cemburu tanpa niat..
Cuma hati.
Diberi api yang kecil dirasa dengan maraknya.
Itulah amarah sang hati.
Dan musuh durjana melonjak riangnya.


mencari .
The answer to a question. 
How to clean the heart.
Cause we are not the one who want it to happen.

Hati ni bukan senang je kita nak cure. Sebab satu benda yang kita tak nampak. Sama macam belajar pasal cahaya. Memang kita nampak cahaya. Tapi ade nampak particle cahaya ? Si photon tu.

Macam hati. Kita tak nampak dia. Sebab ia ruh. Perasaan. Hang basuh la guna clorox pon . Perasaan tu bukan bersih pon. 

: cuba share dengan orang yang tak berkenaan. Yang xdapat kenal. Sekadar meluahkan. 

But what is the point? The problem would'nt come to the end. And the relieve is just for some times.

And keep searching till realize that.

Allah kan ada.
Kita kan ada doa.
Kita ade manualnya.

Hati kita. Pemiliknya Pencipta.

Wallahu 'alam . 

Back to myself. Dush dush dush.

Salam. :)




Tuesday, February 18, 2014

sem 4 bermula

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

alhamdulillah , harini hari ke 2 kami menjejakkan kaki ke sem baru di USIM. tiba di nilai pada 6.30 petang dari uitm shah alam. dan malam tersebut dihabiskan dalam meeting. waah. tak sempat nak prepare new sem. nasib baik hari tu dah beli buku tulis awal-awal. =)

kepada yang mula sem baru, selamat berjihad !

kita masuk universiti ni sebagai pelajar bukan nak keluar sebagai seorang yang terpelajar sahaja. tapi keluarlah sebagai seorang manusia , hamba , khalifah di bumi.

grab all those opportunity while still can. belajarlah dari segala sudut kehidupan.

go go!

hari pertama sem aku dah boleh nampak kehidupan aku sem ni. terus kuat dan tabah ily!

by SUKELAPA

Sunday, February 9, 2014

SukIPT 2014

salam..

lama tak update. sibuk sikit.
sekarang ni tengah cuti sem sebenarnya, tapi saya tak cuti pon.
sebab apa?
tu ha, tajuk atas tu. SUKIPT 2014.

sukipt ni sukan institusi pengajian tinggi . antara yang terlibat adalah ipt seluruh malaysia, tak kesah la awam ke, swasta ke, kolej komuniti ke, ipg ke, semua terlibat.

memandangkan semua boleh hantar, maka nya kalini agak fight sikit la. ya Allah permudahkanlah pejalanan kami. impian nak bawak balik pingat dan ketengahkan nama universiti. moga impian kesampaian. dan memandangkan SUKIPT ni DUA TAHUN sekali. so kira nak cari pengalaman ni. bukan senang kan.

so kali ni, USIM hantar 8 sukan, antaranya:

Tae Kwan Do
memanah
Boling Padang
Bola Jaring
bola tampar laki
tenis
Ragbi
Pencak Silat

ragbi dan pencak silat ni fasa 2. so sepanjang cuti semester ni habis kat situ la..
dan semoga saya manfaatkannya.

nervous!!

esok bertolak.. tembak kami dengan doa ye.

bismillah...
doakan saya dan team pencak silat USIM

rindu teammates yang ini


kenangan di Surabaya


mengharap langit. kalau jatuh pon biar di bintang.
biar bintang yang cerah cahayanya.

Tuesday, January 14, 2014

exam week. 90% to be done..

Bismillahhirahmanirrahim..

alhamdulillah..
as everyone knows that sekarang ni memang tengah musim student exam..
and as for us,
kami tinggal subject philosophy sahaja.
after passing through all the paper and i guess philo ni paling ringan lah kot.

sem ni kami ambil subject aqidah and dakwah (in arabic), object programming, thermodinamic, electric and magnetism, introduction to material science and philosophy and science.
dan saya tambah bahasa jepun. konon2 nye at least nak dalam perjalanan menggapai impian untuk menjejakkan kaki ke negara teknologi tu.

haritu masa jawab subject object programming.. rasa ala2 programmer gitu. tapi lagi rasa kuat yang program aku crash. xboleh nak debyg. merepek ape entah atas kertas. tapi yang penting. jangan biar kertas tu kosong.

for those 3 core subject tu , yang thermo, electric n intro material sc.. hmmmpphh. rasa macam kene troll je jawab paper. tapi insyaAllah. depends kat usaha kan.. usaha doa tawakal. sekarang ni masuk kat fasa doa. maka doakan ye..

n now tinggal paper philo. serius tak sabar nak habis. letih la periksa lama-lama ni. tapi bak kata kawan tu.. enjoy ur student life. and this is one part of it too.

tak sabar to grab those books.. uuuhhh..