Posts

Showing posts from November, 2014

Keputusan yang diumumkan.

Alhamdulillah. Keputusan PRK USIM telah pun selesai diumumkan. Tahniah kepada yang memenangi kerusi kepimpinan. harap antum semua dapat jalankan tugas dengan baik. jadikan lah ini satu jalan amal .  Namun, kalau orang tanya pendapat saya tentang pengumuman keputusan kali ini. saya agak kecewa. Ada nama nama harapan yang saya mahu berada dibawah pimpinan mereka tidak menang dalam pilihan raya ini. sebab saya fikir beberapa nama yang layak menang kerana kerja mereka dan sifat kepimpinan mereka kalah dengan populariti .  .Tapi, yakin dengan susunan Allah. yakin dengan percaturannya. Harapan saya mewakili atlet Usim yang lain, supaya MPP kali ini mempertengah kan isu atlet usim dan sukan sukan usim. kerana calon yang membawa manifesto untuk memperjuangkan sukan tidak menang kerusi pimpinan kali ini. Harapnya sukan sunnah cadangan Dato' NC dapat diteruskan.  Akhir kalam, kami berharap barisan pimpinan mpp sesi 2014/2015 ni dapat pikul tanggungjawab dengan amanah.