Azam 2020
Azam 2020 aku awal tahun dulu untuk jadi manusia yang lebih banyak membaca. Hampir hampir aku gagal kerana kelalaian aku mengurus masa dengan baik. Tiba-tiba TEME (seorang arikitek, penulis dan pelukis) mempromosikan buku-buku karyanya di Imanshoppe. Alhamdulillah sempat aku sambar keseluruhan bukunya (8 buah buku semuanya) dengan harga RM160. A very satisfying and good deal. Cuma seminggu aku berjaya habiskan 4 buah buku sambil2 menyusu Mikael diwaktu PKPB ni. Sambil menyusu supaya aku tak mencuri masa lain dan hak hak lain. Sungguh PKPB ni tunggang langgang sikit kehidupan aku. Tapi alhamdulillah. Aku tetap gembira. Ouh ye, harini suamiku bawa Mikael ke rumah mertua ku (yang duduk tak jauh dari rumah aku, kene mention sebab tak rentas daerah) supaya aku dapat buat kerja dengan tenang dan bernafas dengan normal. Adios.