Wednesday, July 9, 2014

Nikmat

Bismillah, 

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah dah masuk ramadhan ke 11 dah.
Semoga Allah sampaikan kita ke akhirnya.

Kalini cuti first time tak kerja. Sebab baru baik demam denggi dan juga simen di kaki baru dibuka.
Sem ni banyak juga dugaan. Tak pernah demam masa final. Alih alih denggi.
Tapi masa jawab tu tak tahu pon denggi. Kena pulak masa 4 core paper straight.
Masa tu memang macam 'hambek kau' punya dugaan.

Kena sedar, nikmat yang selalu manusia lupa tu nikmat waktu lapang dan kesihatan.
Bila kesihatan kena grab tu.
Lemahnya hambamu ni ya Allah.

Tapi alhamdulillah , bila Allah pulangkan kesihatan yang kita pinjam ni. 
Terasa nikmat dia 'zuuup'.

Dengan dapat sujud balik atas tanah. Selama ni solat duduk selama sebulan setengah. Bila dapat sujud atas tanah. Subhanallah. Syok nya.
Ketepikan kaki tak kuat lagi berdiri lelama masa tarawikh.
Sebab nikmat nak sujud tu lagi terasa.
Nikmat nak solat berdiri tu lagi terasa.

"Tak semua orang dapat rasa sujud tu satu nikmat"
Tak semua orang dapat sedar kesihatan tu nikmat yang Allah pinjamkan. N it is sooooo huge untuk kita.

'Nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan'
Surah ar-rahman

See, Allah duga manusia tu ade sebab.
Sebab kadang kadang, kita ni susah sikit nak sedar. 
Susah sikit nak rasa.
Susah sikit nak masuk terus dalam hati. Dalam jiwa.
(Sikit? Banyak rasanya)

Alhamdulillah.
Ala kulli hal.