Sunday, October 11, 2015

Part 3 Jaulah Ramadhan HCM (Day 2)

Bismillah,
kita sambung lagi dalam part 3 Jaulah Ramadhan HCM kita

2 jam perjalanan ke Mekong River. setelah hari semalam yang kami jalani perjalanan yang memenatkan. kami pilih untuk ikut travel tour ke Mekong River . yup, kalau nak pergi Mekong ambil lah guide ye kawan-kawan.

meet
Eriq (guider)
Nicholas (Italian Doctor)
Meity Gracia, Agnes , Aunty dan Uncle (Chinese family dari Surabaya, Indonesia)
New Zealand couple
Chinga dan kawannya (Tourism student from Nepal)
Henry and Mell ( young couple who have travelled a lot)

firstly, singgah try tropical fruit kat taman apa entah. masa makan siap ade persembahan nyanyian dari pihak mereka. (but, yeah, we can eat. Ramadhan kan. puasa)
sumpah, terliur wei tengok buah-buah fresh tu. tapi, guider bagi kami plastic untuk bungkus. yang keluarga aunty tu, diorang sangat celebrate kami. hulur plastic bagai. in fact. dia yang suruh guider bungkuskan buah for us.

Mell tanya "it must be hard?"
then we said "no, we use ro it"
cewah. tapi betul lah kan. sebab tu ada puasa2 sunat untuk bagi kita practise sebelum jalani bulan Ramadhan kan. Henry and Mell, both tak suka nangka. diorang ni student yang work part time and guna duit tu untuk travel. so inspiring

Mekong River
Naik sampan dengan Nicholas and Eriq. at first, dia macam tak campur dengan orang sebab he used to travel alone. tapi lama-lama seronok je. sambil naik sampan, sambil eriq nyanyikan lagu. (ade dapat naik sampan package orang layan nyanyi lagu? hahaha. guess what. diorang suka lagu 1 Malaysia. =D

aktiviti sampingan lain.
lawat tempat lebah. diorang minum air kot. tak tahu lah rasa dia .
lawat coconut village, tapi memang mampu tengok je la.
ingredient coconut candy, natural. takde campuran lain. insyaAllah halal.


Next, naik kereta kuda dan lawat Temple. Alhamdulillah sebelum ke temple kami sempat solat Jama'.
BTW, kalau u alls ambil trip half day, memang kena minta masa untuk solat Jama' taw. unless tak sempat or too rush nanti.

dan balik ke hotel. Fresh up. n pergi ke Masjid Ke 2.
masjid ni tak ramai pandai cakap english. tapi ade seorang gadis ni, Rohima.
dia bawak kami jalan-jalan lepas solat. pergi beli makanan halal sebab nak rasa sangat.

macam mana jumpa Rohima?
tengah borak-borak dalam masjid. sebelah kipas. Mika kata "wey, nak makan lah roti vitnam ni. macam mana nak cari makanan yang halal ni"

tiba-tiba Rohima datang on kipas dan tanya kami dari mana. pastu terus tanya dia pasal mana nak beli makanan halal. dan dia terus janji lepas solat tarawikh, dia akan bawak.

Powernya kata-kata itu doa.
dan Powernya Doa ketika Musafir.

end of part 3.




mell and Henry

Nicholas

Family from Surabaya
baik sangat. 

bukan macam Malaysia yang ade surau kat mana-mana.

Jaulah Ramadhan HCM part 2

MasyaAllah
lamanya aku ambil masa nak sambung part 2.
maafkan sis.

bismillah.
Assalamualaikum.

jadi kita sambung jaulah ramadhan haritu, part 2. berkenaan hari pertama kami bertiga disana. (Bahasa Rojak melampau Alert)

Bertolak ke KLIA pukul 2 pagi. Siap jumpa geng Global Islamic Student Outreach Usim (Giso) Vietnam lagi. Flight difahamkan pukul 6.25 pagi and suppose to be sampai kat Tan Soon Nhat Airport pukul 7.05. tapi rupanya, flight will be on 7.25. terlajak an hour from schedule time. Bila schedule lari, we decided not to check in hotel first but to continue our journey to Cu Chi Tunnel straight away. tapi Cu Chi Tunnel tak boleh straight from airport. MAHAL. ye la. taxi airport. what do you expect. So, nak murah kan. kena pergi Ben Tanh Market dulu.

Newbies Backpackers Rules

no 1) print itinerary. itinerary kena lengkap. nama dan alamat tempat nak pergi. sebab communication barrier might be a problem .

no 2) jangan malu bertanya

kalau taxi airport, kene charge 200 dong.
dalam rm30++ per pax nak pergi Ben Tabh Market. mahal oiii.
so, tanya la kat info counter for tourist kat situ, How to go Ben Tanh Market, cheaper way?
diorang ajar naik bas kat situ. ade lah dalam rm 2 je sorang. Jumpa Mr Danial, he teach us to go to Cu Chi Tunnel tu from Ben Tanh Market. dalam bas borak pulak dengan Alice, si gadis manis yang lead us naik bas ke Cu Chi tunnel.

Bersama Alice
6000 dong bas ke ben tanh no 152
jalan kaki ke stesten bas mana entah lepas tu naik bas 13 ke Cu chi tunnel dalam 7000 dong,
pastu ade tukar bas 79 ke Cu Chi dalam 6000 dong. overall, sorang tak sampai pun rm15 nak pergi balik.
Alhamdulillah, succed sampai Cu Chi Tunnel, without travel Tour. naik hop hop bus.
tiket masuk Cu Chi Tunnel. 90 000 dong.

okay, now here's the problem. Our Beg. (kitorang kan belum Check In)
dan disana tak menyediakan locker bag. okay gais. ingat ea. TAK SEDIAKAN LOKER BAG.
Menyesal tak berguna.
beg memang tak banyak barang, tapi bila lama berjalan, sakit jugak la bahu.

Balik
here's another mistake. sebab dah too tired berjalan dalam Tunnel tu sambil mengangkut bagpack baju ni. nampak je bas 70 berhenti tempat kami turun tu. kami naik. nak keluarkan iti tanya pak cik bas pon tak larat. penat melampau kan? suka lah nak diingatkan . kami pergi masa ramadhan. panas, haus dan letih. then bas tu pass kat bas no 122. then kami memang tertidur la sepanjang perjalanan. sedar2 je dah ade kat stesen bas mana entah. scary kan? mujur tidur kami tadi dapat la gain energy balik. Then tunjuk kat driver bas to yang kami nak pergi Ben Tanh Market, Pham ngu Lao (tempat hotel). dia pon letak kami kat tempat parking bas no 04. (diorang tak pandai english taw. just showing iti and using body language).

Allahuakbar.
penat nya. jujur, kami memang teruji.
satu lagi nak cari hotel, dah la letih. haus. dok cari hotel berjalan je sebab bas kan berhenti kat stesen bas. bukan macam taxi , berhenti depan hotel.
283, Dai Huy Huong, Pham Ngu Lao.
nak sampai ke lot 283 tu, mmg mencabar emosi. tapi dalam Ujian emosi tu, teringat sesuatu.

before the journey begin, aku baca balik term jaulah, ye lah kan. tak kan nak guna sesuka hati sebelum faham What is JAULAH

yup. jaulah, kembara. dan seorang blogger (tak ingat siapa) define jaulah sebagai kembara. dimana, kita perlu banyak bersabar sebab akan face dengan ujian.

lepas dah sampai and fresh up. kitorang ambil taxi ke Masjid Al-Rahim. dengan harapan dapat berbuka kat situ. dan harapan tinggi, makanan berbuka disediakan.

sampai je masjid, semua orang dah duduk depan makanan dan baca salawat serta zikir. kami masuk lah duduk. senyum2 sikit. tiba tiba, sorang2 ahli masjid datang dan hisangkan makanan, dari bubur, air kopi, sejuk, hinggalah dessert. perasaan?

speechless.

dalam sehari penuh ujian. Allah tamatkan dengan manisnya perasaan berukhuwwah. lepas solat, kami mulakan aktiviti blend in dengan masyarakat. borak-borak. alhamdulillah dapat kenal dengan insan yang baik baik. mak cik wan (yang pernah menetap di singapore), messy (saudara baru) dan Sarah ( a chinese muslim).
 mak cik wan pandai cakap melayu, seronok borak. =)

mak cik wan ni ade rumah tumpangan sebelah masjid. mmg selesa. sayang kami dah book hotel untuk 2 malam. kalau tak memang dah pindah dah. beside, mak cik ni jugak ade travel tour. boleh la buat GISO (nanti sis cari balik contact number mak cik tu ye).

alhamdulillah.
end of day ONE.



Hati memang perlu diketuk dengan UJIAN supaya kita kenal erti NIKMAT
manisnya NIKMAT Tuhan

Thursday, August 13, 2015

Jaulah Ramadhan HCM (Part 1)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

alhamdulillah, dah lebih sebulan balik dari Ho Chi Minh si Bandar Saigon tu baru sempat update.

Jadi, kita mula dengan episod 1,
episod PERSIAPAN.

sebenarnya, this is my first time travelling/backpacking tanpa guidance ibu bapa dan mahupun relatives. naik plane pergi singapore sorang pun, sampai singapore cousin ambik. so basically, ni first time. dah la pergi bertiga sahaja yang jugak first time backpack luar malaysia, jadi preparation kene tip top.

so, memandangkan aku incharge itinerary. so buat sedikit study pasal HCM dan point of interest. book hotel and study distance dengan tempat2.

kami pergi bulan Ramadhan dan matlamat utama memang sebuah JAULAH RAMADHAN. jadi nak cari hotel yang boleh pergi tempat shopping dan boleh pergi masjid.

study punya study, kami book hotel Dai Huy Huong RM 135/ 2 night 3 pax (tapi bila sampai sana , harga ni berubah, ikut currency rate, so harga hotel bertambah. tapi masih affordable, alhamdulillah)

dan saya kongsikan intinery penuh sebagai rujukan 



*percaya lah, sampai je sana, things change. hahahaha.=D*


pastikan buat web check in. senang sikit. pastu reconfirm masa flight supaya tak tersalah dan tak tertinggal. buat checklist barang nak bawak. kat HCM kene guna universal plug sebab plag tak sama macam malaysia.

untuk Checklist

* passport
* boarding pass
* printed itinerary
* duit yang dah ditukar
* universal plug
* toiletries
* pakaian
* hp
* tafsir
* telekung dan sejadah
* buku nota and pen


sebabkan balik tak amik bagasi, maka minimumkan baju dan barang-barang.

Done part 1


Friday, May 29, 2015

festival belia dan ekspresi mahasiswa?

assalamualaikum..

Sabtu semalam berkesempatan menjengah festival belia untuk pembentangan YAPC. Sebelum sampai di booth, Kami melalui satu pentas kecil yang terdapat banner bertulis 'ekspresi mahasiswa'. Satu benda yang mengejutkan. Pentas itu merupakan pentas pertandingan break dance. Something wrong somewhere.
Bilamana sebahagian mahasiswa sedang berjuang supaya suara mahasiswa didengari. Sebahagian lagi seakan memijak matlamat tersebut dengan menggunakan nama 'mahasiswa'. Bukankah mahasiswa itu bermaksud pelajar atau penuntut di peringkat tinggi.
Moga kita cakna. Ini bukan masalah biasa. Kerana mereka satu agama.
p/s: booth pertandingan youth asian project yang macam terpinggir dari booth kolonial anak seni yang berdentam dentum bunyi drum.. ehermm.. belia yang macam mana yang kita mahukan?

Wallahu'alam.

Friday, March 27, 2015

GST: Mahasiswa Ikat Perut

Alhamdulillah berkesempatan menyertai talk GST: Mahasiswa Ikat Perut di DKP USIM semalam.

Antara yang dapat disimpulkan

mungkin dari satu sudut, GST perlu dilakukan atas sebab sebab tertentu.
kerana defisit negara
kerana ketelusan para peniaga kilang-kilang besar


namun dengan syarat,
kerajaan yang menguruskan perlulah bertanggungjawab, amanah dan efisyen.

dan balik kepada pengguna, untuk semakin bijak menguruskan kewangan. manage ourselves. bijak dalam berbelanja.

kerana walau apapun ia tetap akan terlaksana.

dari pandangan aku secara individu,
kalau ia baik untuk negara, maka laksanakanlah..

namun, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membantu golongan memerlukan.
mana mungkin seorang yang gajinya RM 10,000 membeli air mineral dengan harga RM 1.06 sama seperti orang yang gajinya RM 1000.

dan sebagai kerajaan yang baik, carilah lebih inisiatif untuk meningkatkan ekonomi negara selain cukai dari rakyat. (memang ade inisiatif lain, namun cari lah lagi.. =))


dan kepada mahasiswa,
peningkatan kos sara diri kita akan meningkat bila kita mula keluar membina kehidupan.
maka bijak lah dalam berbelanja.

simpanlah duit, banyak nanti nak guna.
fuhhhh.
tarik semangat.

dengan lafaz Bismillah.
terima lah GST pada 1 April nanti.

May Allah ease.




Thursday, March 26, 2015

Escapism

Assalamualaikum.

Moga hari hari yang dilalui baik baik sahaja.

Alhamdulillah, dah lebih sebulan dah menempuh sem 6 .
bermulalah kembara thesis kami.
fuuuhh.
moga Allah bantu.


Bila jalan banyak simpangnya dan kau keliru.
Tanyalah Dia yang Maha Tahu.
=)

ada satu ketika, aku keliru dengan jalan. simpang siur yang tak berkesudahan. sehingga aku buat keputusan untuk keluar.
Add caption

escapism.

tapi secara berhadapan dengan nature.
Subhanallah,

Bukit Kutu dengan ketinggian 1053 sangat awesome.



dan tika itu kau akan kembali sedar,
You are so small, so with your problem.

dan aku kembali berpaut padaNya.

dan kembali melangkah berjalan.

saat sampai puncak bukit, kau lupa segalanya kecuali satu. KebesaranNya.


aku budak lemah yang ingin bangkit berlari.
*tarik nafas*
*senyum*




Bukit Kutu terletak di Kuala Kubu Baru.
dengan ketinggian 1053
perlukan guider dan permit.
tahap letih : letih jugak lah. Kena jaga fitness dulu . (sebab ade kes budak rombongan kami sampai cramp kaki)
pemandangan: Subhanallah superb
ade air tapi masa kat bawah dan puncak. cuma kat puncak tu air dah bercampur dengan bendasing . maka bawalah bekalan air yang mencukupi. dan aku bawak satu botol air besar dan satu botol air kecik. cukup-cukup habis masa main air kat bawah.

=)

Monday, November 10, 2014

Keputusan yang diumumkan.

Alhamdulillah.

Keputusan PRK USIM telah pun selesai diumumkan.

Tahniah kepada yang memenangi kerusi kepimpinan. harap antum semua dapat jalankan tugas dengan baik. jadikan lah ini satu jalan amal . 


Namun, kalau orang tanya pendapat saya tentang pengumuman keputusan kali ini. saya agak kecewa. Ada nama nama harapan yang saya mahu berada dibawah pimpinan mereka tidak menang dalam pilihan raya ini. sebab saya fikir beberapa nama yang layak menang kerana kerja mereka dan sifat kepimpinan mereka kalah dengan populariti .  .Tapi, yakin dengan susunan Allah. yakin dengan percaturannya.

Harapan saya mewakili atlet Usim yang lain, supaya MPP kali ini mempertengah kan isu atlet usim dan sukan sukan usim. kerana calon yang membawa manifesto untuk memperjuangkan sukan tidak menang kerusi pimpinan kali ini. Harapnya sukan sunnah cadangan Dato' NC dapat diteruskan. 

Akhir kalam, kami berharap barisan pimpinan mpp sesi 2014/2015 ni dapat pikul tanggungjawab dengan amanah.

kami sokong. 

=)

wsalam.