pemergian yang bakal ku RINDU..




Ramadhan kian meninggalkan kita..
sedihnya..
Ya Allah,, ketemukanlah aku dengan ramadhan pada tahun hadapan.
amiin..

seperti ramadhan tahun lepas,
kami diduga dengan peperiksaan trial spm..
dan pada tahun ini pula,
mid semester..
semoga peperiksaan kami dan ilmu kami diberkati..
insyaAllah..
bak kata seorang pemimpin (insyaAllah bakal pejuang agama kelak=))
kita tak perlu asingkan ibadah menuntut ilmu dengan ibadah ..
tapi,, rebutlah keberkatan ramadhan..

MUJAHADAH ITU PAHIT, KERANA SYURGA ITU MANIS..

bicara tentang ramadhan,,
teringat kenangan lalu..
ramadhan bersama si teman2..
iftar..
tarawikh..
......
rindunya..
rindu pada kalian tidak terhingga..
manisnya pertemuan tu kan??

alhamdulillah,,
Allah perkenankan doa aku nak bertarawih di smkakl serta berimamkan kawan2 yang soleh2 ni(insyaAllah)..
alhamdulillah...(suka tak terhingga=))
maklumlah,, kat puteri wilayah kan perempuan je..
yang imam pon kami-kami aje..
tapi.. MANIS juga taw..
betul2 tak kawan2?
pengalaman ajar erti kehidupan kan..

tarawikh di KKNC tak kurang juga??
tazkirah mantap dari kawan2..
=)
pengisian untuk rohani..
maklumlah,, lepas perut kenyang,, ape kate bagi jiwa pule makan kan??

sungguh,,
bakal aku rindu RAMADHAN..





perkongsian=p..

Antara doa-doa di dalam Al-Quran:

ღ Doa supaya tidak berputus asa. [Maryam (19):4]
ღ Doa dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan. [Thaha (20):25-26]
ღ Doa mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan. [Al Kahfi (18):10]
ღ Doa mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatu yang tidak diketahui hakikatnya. [Hud (11):47]
ღ Doa mohon diberi keputusan yang baik. [Al A’raaf (7):89]
ღ Doa mohon kasih sayang untuk ibu bapa. [Al Isra’(17):24]
ღ Doa mohon dihindarkan dari fitnah dan diselamatkan dari tipu daya orang kafir. [Yunus (10):85-86]
ღ Doa memohon kesejahteraan dunia dan akhirat. [Al Baqarah (2):201]
ღ Doa memohon keampunan dan rahmat. [Al A’raaf (7):23]
ღ Doa memohon agar diterima amalan. [Al Baqarah (2):127]
ღ Doa dicukupkan keperluan. [At Taubah (9):129]
ღ Doa mohon agar mensyukuri nikmat Allah. [Al Ahqaf (46):15]


Sesungguhnya Allah suka mendengar rintihan doa hamba-Nya. Yang jemunya kita, bukan Tuhan. Tuhan tidak pernah jemu mendengar dan menjawab doa hamba-Nya.~
insyaAllah.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Azam 2020

festival belia dan ekspresi mahasiswa?

am i in love??