Mawar....



Mawar. Seorang gadis belasan tahun yang mempunyai rupa yang menarik. Anggunnya dia dan cara dia berpakaian pasti dapat mencairkan jiwa-jiwa kosong lelaki. Cantiknya bak sekuntum bunga mawar. Tapi sayang, bunga mawar mudah didekati kerana keindahannya tapi tidak mudah disentuh kerana durinya. Tapi mawar ini lain sekali, mudah didekati dan mudah disentuh. Entah duri hilang kemana.


“dan janganlah ,mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka” (Surah an-Nur 24:31)


Kedengaran si ibu sedang membaca al-Quran di dalam biliknya. Sengaja dikuatkan suara si ibu. Semoga hati anaknya lentur dengan bacaan kalam-kalam Allah yang agung itu. Tapi sayang, Mawar lebih cenderung menyumbat telinganya dengan lagu-lagu yang membentuk molekul-molekul air dalam tubuhnya kepada struktur yang tidak teratur.


Ibu Mawar, Cik Aminah sudah beberapa kali cuba mendekati anaknya dan cuba memperbaiki hubungan mereka. Sejak Cik Aminah dan bapa Mawar bercerai, Mawar kerap mengurungkan diri didalam bilik dan mengelakkan dirinya daripada ibunya. Cuba berkomunikasi seminima mungkin sebagai tanda protes atas penceraian yang sudah pun berlaku hampir dua tahun. Si ibu tetap tabah menghadapi masalah itu sedangkan hatinya sentiasa merintih pedih . Bukan dia tidak sayangkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun ini, tapi sudah suratan jodoh. Sebagai seoarang wanita, dia layak memilih perpisahan daripada penderitaan hidup bermadu. Aminah tahu, bukan semua pasangan gagal dalam hidup bermadu.Ya, isteri-isteri Rasulullah hidup bermadu. Cuma dia sendiri dapat menilai kekuatan imannya untuk menahan cemburu. Sedangakan para isteri Rasulullah turut menghadapi masalah dalam hidup bermadu. Apatah lagi dia. Dan apatah lagi bekas suaminya yang tidak menghormati dirnya dalam urusan pologami. Persetujuan belum diminta sudah berkahwin di luar negeri. Seperti lagu baru Zizan dan Kaka. “bawaku pergi”.


Mata dalam kaca Topi berceloreng

Sarung tangan hitam Atas muka ada topeng

Hanya perlu siul Tidak tekan loceng

Hero sudah sampai cepat terjun dari loteng

Kita terus kesempadan aku pacu engkau bonceng

Bawa bekal air muka cuci aib bopeng

LARI DARI KEWAJIPAN TANGGUNGJAWAB PONTENG


Dia yakin bekas suaminya tidak mampu berlaku adil. Kerana sayang dia lebih rela memilih untuk meringankan tangguangjawab suaminya.


Dahulu Mawar memang sangat rapat dengan bapanya. Segala masalahnya diluahkan kepada bapanya. Segala kemahuannya dituruti. Dahulu mereka bahagia di dalam Villa besar. Mewah kehidupannya. No wonder mawar sangat memberontak. Masakan dia dapat terima segala kekayaan itu lenyap sekelip mata. Akibat marah, ayah Mawar menceraikan Cik Amina talak tiga sekaligus. Kerana berang, dia lupa kebahagiaannya selama 18 tahun. Walaupun Cik Aminah masih mendapat haknya dalam soal duit. Tapi masih kurang berbanding apa yang Mawar rasakan dulu.


Pada suatu malam pagi, pukul 2 pagi, Mawar hendak ke kelab malam seperti biasa. Dia gemar meredakan tekanannya dengan menari berjoget berasama teman-teman dan teman lelakinya yang entah yang kali keberapa. Namun hati ibu menghidu sesuatu. Naluri keibuan berperang menghalang si anak keluar pada pagi itu.


“Mawar tak payah keluar ye malam ni. Teman Ibu tidur. Ibu tak sedap badan” bohong ibunya sambil memegang lengan anaknya.


“Ibu pergi tidur lah. Tak pun duduk dalam bilik tu baca Quran. Ibu jangan kacau Mawar lah” marah Mawar melepaskan tangan ibunya dengan kasar.


“Mawar, Ibu rasa tak sedap hati Mawar keluar malam ni. Malam ni tak payah keluar ye Mawar. Mungkin Allah bagi tanda Mawar tak payah keluar malam ni.” Terang Cik Aminah.


“Ibu, lepas lah. Mawar tension ni. Macam tak biasa pulak! Ape ibu ingat mak ni phsykik ke nak ramal-ramal. Dah lah. Ibu suka merepek. Mengongkong. Patut lah ayah tinggalkan ibu!”


Mungkin Mawar lupa dan alpa dengan peringatan yang telah diturunkan….


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia da hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan engkau mengatakan kepada keduanya perkatan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.”

(al-Isra’:23)


Mawar melangkah keluar rumah. Dia lupa bahawa antara ibu dan anak ada law of attraction yang kuat. Kurniaan yang Allah beri. Dia lupa kekuasaan yang Esa. Seperti biasa teman lelakinya menunggu diluar rumah. Teman lelakinya, Johan yang baru 3 hari ‘mengikat’ hubungan dengannya. Dipeluk erat lelaki itu tanpa segan dihadapan ibunya. Terduduk si ibu menangis. Pilu hati ibu. Apa lah silapnya semasa mendidik Mawar.. Tapi dia masih tabah…


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………”(2:286)


Di kelab malam..


Mawar menari dan berjoget. Seperti hilang dunianya. Badannya bergerak mengikut rentak muzik yang kuat itu dengan penuh menggoda. Apabila lagu romantic, pengunjung kelab malam itu mengambil peluang bermanja-manja dengan pasangan mereka. Menari berpelukan. Begitu juga dengan Mawar. Pasangan yang baru 3 hari dikenalinya itu dipeluk erat. Astaghfirullahhal’azim...


Lalu si lelaki mengajak Mawar keluar. Mengambil angin katanya. Berdua. Dengan penuh romantis. Mawar membuntuti lelaki itu keluar.


“Sayang, jom jalan-jalan. Kita naik motor . pergi ke taman bunga nak?” ajak Johan.


Mawar tersenyum. Hatinya berbunga. Pasti lelaki ini ingin mengucapkan kata-kata romantis padanya. Dan mereka perlukan privasi.


Sampai disebatang jalan yang lengang .

“Sayang, lepas tangan sayang kejap, baby gatal pulak badan. Sayang tolong garukan.” Mohon si lelaki dengan lemah lembutnya.


Sebaik sahaja Mawar melepaskan tangannya, teman lelakinya melakukan aksi ‘wikang’ (menjungkitkan tayar hadapannya). Pasti lah Mawar terjatuh. Sakit sekali.


“Sayang!” jerit Mawar.


Teman lelakinya itu berpatah balik dan menarik tangan Mawar. Diseretnya Mawar di atas jalan tar itu. Lalu 3 biji motor datang dan mengelilingi tempat kejadian itu. Rupanya mereka juga bersama Johan. Sengaja dikuatkan bnyi enjin motor. Supaya tiada orang berani bantu. Mereke terus menerus mengelilingi mawar dan teman lelakinya. Johan terus-terusan menyeret Mawar diatas jalan tar tersebut. Orang awam yang masih ditempat kejadian tidak berani tampil membantu. Risau diperlakukan yang sama.


“ Ini balasan kau lukakan hati kawan aku. Kau ingat kau tu cantik sangat. Jangan cari pasal dengan kumpulan aku” . marah Johan


1 bulan yang lalu. Mawar ada memalukan seorang ahli kumpulan mereka yang meminatinya. Mawar menolak dia mentah-mentah dan memalukannya ditempat awam.


“kau pergi main jauh-jauh. Dah lah tak ada rupa. Ada hati nak couple dengan aku. Kau tak standing dengan aku” kata Mawar sambil menyimbah air kopi kepada lelaki yang baru meminta untuk berkenalan dengannya.


Tiada orang berani tolong Mawar tika itu. Tiga biji motosikal yang mengelilingi tempat kejadian seolah-olah mengepung dan memberi amaran bahaya. Sakit. Bajunya koyak rabak dan badannya luka-luka. Mawar teringat ibu.


“ Ibu, maafkan Mawar”

“Ya, Allah. Ampunkan aku”


Hatinya benar-benar merintih. Insaf. Segala dosa-dosa yang dilakukan singgah di tubir matanya. Dia menangis. Bukan hanya menangis sakit. Tetapi menangis keinsafan.


Setelah dia diheret selama 10 minit, sebuah teksi merah menghampiri tempat kejadian dan membunyikan hon bertalu-talu. Tetapi pemandu teksi masih tidak keluar dari teksinya kerana dia takut. Tapi simpatinya pada si gadis itu menguasai dirinya lantas memberinya kekuatan untuk berbuat demikian.


Lalu kerana takut pihak polis tiba, mereka meninggalkan Mawar diatas jalan raya. Barulah kelihatan beberapa orang mengerumuni mawar dan membantunya bangun. Dipapahnya Mawar ke dalam teksi tersebut. Mawar dibawa kehospital.


Ibu Mawar dihubungi. Cik Aminah datang tergesa-gesa. Setelah sampai, Mawar tunduk dan memeluk kaki ibunya.


“ibu, maafkan Mawar bu. Maafkan mawar. Ibu bimbinglah Mawar. Ibu ajar Mawar baca Quran balik. Mawar nak teman ibu pergi surau. Ibu ampunkan Mawar. Pak cik teksi tu kata, Allah Maha pengampun bu, Ibu mohon Allah ampunkan Mawar” seperti anak kecil Mawar menangis.


“wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah .Sesungguhnya Allah Maha mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha pengampun, Maha Penyayang”

(39:53)


Bahu mawar dipegang lembut menyuruh anak itu bangun.


“Mawar maafkan Ibu. Bukan kehendak Ibu berpisah dengan ayah mawar. Tapi mungkin kekurangan ibu. Maafkan ibu Mawar” si ibu masih menyalahkan dirinya.


“Ibu jangan cakap macam tu. Bukan salah ibu. Mawar tahu bukan salah ibu”


Dipeluk erat anak itu. Betapa dia rindu. Sembilan bulan anak itu dikandungnya. Dia bersabung nyawa melahirkan Mawar. Masakan dia tidak rindu pada Mawar. Masakan dia tidak mahu memaafkan mawar. Sudah lama dia mengharapkan agar Mawar kembali padanya. Wajah Mawar dikucup lembut.


“Sesunggunya reda Allah terletak dibawah reda ibu bapa”


Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya…


Dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan…




( task from kak fatin, syukran kak for giving this task .. sekurang-kurangnya kami mengembangkan otak kami.. maaf atas segala kekurangan,.. salah dan silap harap dimaafi.. minta tunjuk ajar..=))

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Azam 2020

festival belia dan ekspresi mahasiswa?

am i in love??