IMPAK SPM! Membumikan àmode : antara redha dan syukur






an peperiksaanspm 2010. Dengan harapan..moga tenang2lah adik2 menanti jawapan esok yang bakal tiba..


Adik2 harapan ummah..

Nadi ukhwah ini turut sama merasakan getaran yang dirasai oleh adik2 saat ini. Kerana langkah ini juga pernah melalui detik2 itu. Detik sebuah noktah perubahan tercipta. Detik Allah menyampaikan kasihNya buat kita yang bergelar hambaNya. Detik semua penant

ian kita tiba di akhirnya. Detik doa2 kita mendapat jawapan dari Allah.

Esok dan Jawapan doa dari Allah


Benarkah Allah bakal membenarkan permintaan kita. Benarkah perit jerih kita selama ini kan terbayar pahitnya? Benarkah hari esok akan membungakan wajah ibu dan ayah. Benarkah hari esok ceria pelangi akan terus menyinari hidup kita? Benarkah hari esok cita2 dan harapan bukan lagi sekadar bicara? Benarkah hari esok dunia masih bermakna untuk kita?

Atau esok menanti satu ujian lagi. Ujian setelah beribu ujian dilalui. Ujian demi ujian. Ujian yang pasti membuatkan kita karam dalam lautan kedukaan andai tidak perpaut pada keyakinan pada janji2 tuhan..

Adik2 generasi islam hakiki,

Sama2 kita koreksi diri. Sebagai hamba apalah saja yang kita punya. Tiada. Sedang Allah Pemilik segala.

Maka. Dalam kegelisahan, dalam getaran ini mari sma2 kita mendampingiNya untuk memgemis secebis simpati agar esok lebih bererti. Bukan bererti kerana kejayaan yang dimiliki, tapi bererti kerana Kasih dan redhaNya sentiasa menemani. Bereti kerana jawapan dariNya bukan sekadar natijah peperiksaan tp sebuah nokhtah perubahan. Jawapan doa yang mendekatkan lagi kita sebagai hamba dengan Dia, pemilik jiwa. Jawapan yang menyega

rkan jiwa agar terus subur di ladang dakwah dan tarbiyah. Jawapan yang membuatkan kita lebih yakin bahawa hidup ini ada yang punya. Jawapan yang membuatkan kita sedar hidup di dunia bukan semua ceria agar kita lebih tertarik dengan keindahan di syurga yang abadi selamanya. Jawapan yang membuatkan kita lebih mengenali diri sebagai hamba Dia yang paling Berkuasa.

Natijah peperiksaan esok bukanlah segala-galanya. Namun sekadar kayu ukur sejauh mana kita sebagai hamba dalam meyakini Allah yang mencorakkannya dalam sesudut ruang dalm hidup kita.

Andai Esok Natijah Peperiksaan Indah

Bergembira dan berterima kasihlah kepada Dia yang menghadiahkan. Syukur. Penuh yakin ia sekadar pinjaman bahagia dari tuhan yang Esa. Dan kita sebagai hamba kena terus meminta agar bahagia ini bukan sebentar sahaja, bukan sekadar itu sahaja tapi bahgia kekal sampai syurga biar ia bhagia yang menjadikan jiwa lebih akrab dengan Dia, Pemilik Syurga. Natijah Peperiksaan bukan menggambarkan segalanya tentang jawapan dari allah. Sekadar ujian tahap syukur kita sebagai hamba. Usah menduga kejayaan selamanya kerana ia skadar pinjaman dariNya. Terus bersyukur dan bersyukurlah. Kerana kita hanya hamba dan selamanya akan terus menjadi hamba.

Andai Esok Natijahnya Memberi Duka

La tahzan. Redha. Sabar dan terus sabar. Allah x pernah zalim terhadap hambaNya. Bukan bererti Allah x menjawab doa kita tapi Allah kan Maha Mengetahui. Allah menjawab doa kita dengan hikmahNya. Allah Maha bijaksana. Ada yang lebih baik Allah sediakan kita di hari mendatang. Andai sabar kita tebalkan, andai redha kita kukuhkan dalam hati nescaya cinta dan kasihNya pasti kan dirasai. Percayalah adik2. Saya telah merasai. Kerana itu coretan ini dikongsi. Jangan ditangisi kegagalan ini, kerana hakikatnya ini bukanlah pengakhiran untuk segalanya tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru mencari dan mengenal tuhan pemiik alam.

Redha dan terus redha. Positif dengan Allah kerana di situ terletak kunci ketenangan dan kekuatan untuk meneruskan lagi perjalanan munuju Ad’n..

Penutup

Adik2 tercinta ku, pejuang agama..

Jangan terlalu takut akan lukisan masa hadapan. It is not created yet. Do ur best for today, then allah will give you a better tomorrow. Have faith. Esok pasti lebih baik andai setiap nafas hanya untuk allah, setiap amal hanya untuk deenNya, setiap pengorbanan hanya untuk meneruskan risalah rasulNya, setiap kelelahan hanya untuk ummah tercinta. Berbekallah adik2ku untuk hari esok. Sediakan jiwa untuk terus redha dan syukur. Ujian mematangkan iman, mengangkat darjat hamba kepada tuhan. Moga esok dipermudahkan jalan menuju bahgia bersama cintaNya. Redha dan syukur walau apa dari Dia. He know the best for us. Bittaufiq wannajah.


iLaHi LoVer,

..nabilah izzati…

..usim..

Comments

Popular posts from this blog

Azam 2020

festival belia dan ekspresi mahasiswa?

am i in love??