Bullies..

Assalamualaikum wbt.
Sejak semalam kita sibuk membicarakan isu tergempar iaitu isu buli. Hal ini apabila, video beberapa adik-adik sekolah membelasah seorang ketua tingkatan . Sedih, kecewa. Salah siapa?
Salah kita yang kurang menunjukkan contoh yang baik kepada generasi akan datang. Sehingga mereka alpa dengan dunia mereka.

Rasa marah masa tengok video tu rasa macam nak belasah je balik budak-budak tu.(eceh,, tapi takut la. )

Tapi itu lah, kita sebagai adult or dewasa pon tidak bijak menangani kes ni dengan memberi 'cyber bullied' to them. Bila baca komen2 twitter, facebook, insta lagi. Lagi naik takut. Xkurang kata2 kesat yang diberikan kat dorang. Yes i know that they deserve that. Tapi siapa kita yang nak menghukum. Kenapa sampai kata2 kesat keluar? Itu ke cara mendidil? Dan sebenarnya kita buli juga jiwa dan keluarga mereka. Padahal kita tak tahu mungkin ibu bapa mereka dah cuba nak didik diaorang.

Ye lah, tapi nak backup dorang pon tak boleh sebab yang dorang pergi belasah budak tu siape suruh. Gangster sangat. Ade masalah musyawarah la kan. Budak2 darah panas. Senang cerita diaorang salah dan kita pon salah.
Dan pada aku, cerita juvana x salah. Ceritu tu ade moral kan. Kalau buat salah. Masuk juvana. Hidup dalam keadaan tu. lagi seksa. Tapi tulah, budak2 buat kerja tak fikir kan.

So, berdoalah mereka berubah. Percaya semua org mampu berubah walau macam mana pon masa lalu mereka. Dan berdoalah untuk generasi akan datang kita. Dan pengajaran untuk budak2 sekolah, ade banyak lagi cara nak selesai masalah. Tak perlu bertumbuk bagai.

Salam..

Comments

Popular posts from this blog

Azam 2020

festival belia dan ekspresi mahasiswa?

am i in love??