SukIPT 2014

salam..

lama tak update. sibuk sikit.
sekarang ni tengah cuti sem sebenarnya, tapi saya tak cuti pon.
sebab apa?
tu ha, tajuk atas tu. SUKIPT 2014.

sukipt ni sukan institusi pengajian tinggi . antara yang terlibat adalah ipt seluruh malaysia, tak kesah la awam ke, swasta ke, kolej komuniti ke, ipg ke, semua terlibat.

memandangkan semua boleh hantar, maka nya kalini agak fight sikit la. ya Allah permudahkanlah pejalanan kami. impian nak bawak balik pingat dan ketengahkan nama universiti. moga impian kesampaian. dan memandangkan SUKIPT ni DUA TAHUN sekali. so kira nak cari pengalaman ni. bukan senang kan.

so kali ni, USIM hantar 8 sukan, antaranya:

Tae Kwan Do
memanah
Boling Padang
Bola Jaring
bola tampar laki
tenis
Ragbi
Pencak Silat

ragbi dan pencak silat ni fasa 2. so sepanjang cuti semester ni habis kat situ la..
dan semoga saya manfaatkannya.

nervous!!

esok bertolak.. tembak kami dengan doa ye.

bismillah...
doakan saya dan team pencak silat USIM

rindu teammates yang ini


kenangan di Surabaya


mengharap langit. kalau jatuh pon biar di bintang.
biar bintang yang cerah cahayanya.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Azam 2020

festival belia dan ekspresi mahasiswa?

am i in love??